Tuesday 4 June 2013

Butakah cinta Venus ? (1)

Benarkah cinta si Venus buta ? 1) Mungkin bukan pada setengah orang ; 2) mungkin ada yang tidak sedar dia sudah buta , 3) mungkin ada yang sedar dia dah buta  tetapi rasa tidak salah jadi buta kerana Mars . Dan aku , PERNAH menjadi versi ke tiga . shame on me .

Bila butakah cinta ni mesti lah kena ada soundtrack lagu ameng spring baru la naik mood syahdu sambil tisu ditepi ye tak ? 


perkenalan aku bermula dari laman sesawang , di chatroom YM . perkenalan yang bermula atas nama kawan , KAU dan AKU . dari chatroom , dia mula menegurku in private message . aku layankan sahaja , atas alasan nanti kata sombong dan di chatroom juga kami dah biasa communicate . dah biasa sangat , without any feeling . dan alasan yang terakhir , aku yang mengada saja nak melayan .

selepas berbulan lamanya berkawan dalam dunia maya , aku diajak keluar , juga sebagai kawan . aku pun pergilah , dengan gaya yang paling sengal (berjeans, bert-shirt, bertudung bawal silang belakang macam nak pergi pasar, sandal) . macam biasa , tak boleh lebih , sebab dia masih KAWAN . cuma makan-makan .

seminggu selepas itu , korang pun pasti dapat agak typical cerita melayu , aku diajak bercinta (geli pulak) . aku menolak , sebab aku tak ada perasaan pun kat dia . dia merajuk lah gamaknya , selepas beberapa hari lepas tu macam sunyi pulak sebab dia dah tak layan aku langsung , aku pun pujuk ler dan kami bercinta jugak akhirnya . cinta aku pupuk dan akhirnya aku cintakan dia  . boleh dikira first love lah jugak .

percintaan kami berjalan lancar dan aku bataskan pada dia supaya dia tidak menyentuhku . cuit-cuit pun tak . kami bertemu kali kedua sebagai sepasang kekasih . aku beri dia hadiah ( aku ni memang suka bagi hadiah tak pasal-pasal untuk orang yang aku sayang ) . aku beri dia t-shirt body glove , boleh tahan mahal la jugak RM60++  untuk student pinjaman PTPTN macam aku time tu . aku agak je harga dia macam tu , aku pun dah tak berapa ingat . lepas aku hulurkan pada dia dan aku suruh bukak , dia kata ;
" body glove ? macam budak-budak sekolah nyeee . thanks . "
aku tak tau la aku patut sentap ke tak , tapi sebab sayang punya pasal , aku butakan hati aku . dia tak bermaksud apa-apa kot . lepas tu , barulah aku tahu , taste dia adalah butik-butik yang quite gah macam TOPMAN etcetera , etcetera . aku pun tak tahu nak list sebab aku bukanlah tukang sedekah pada orang yang dah sedia kaya .

tak lama lepas tu , dia bawak aku ke shopping mall . dan disini aku dibawa ke butik Levis , dia belikan aku sehelai jeans slim fit . dia bayar dan dia suruh aku ke tandas untuk tukar seluar. aku bagaikan lembu dicucuk hidung , aku ikutkan saja . selepas keluar , dia kata ;
" hmm , baru lah sesuai cutting dia dengan u . "
fine ! aku dah mula sedih . dia macam tak boleh menerima penampilan aku . Oh ! lupa nak bagitahu , aku macam biasa pakai jeans straight cut , t-shirt dengan cardigan yang quite comel jugak lah pada mata aku time tu ( yeler nama pun nak dating ) , tudung warna senada , flat shoes . kira ok la tu dari aku pakai attire aku nak pegi kuliah tu , selipar jepun je ok !

sedih-sedih pun aku ikutkan jugak hala tuju dia , aku nampak dia keluarkan wallet dia berkepuk-kepuk jugak la note RM50 . aku tahu dia kaya . aku tak heran sangat sebab aku kan dah mula sentap . kaya bukan tiket kau letak maruah orang dekat tapak kaki (sekarang baru sedar) . next , dia bawak aku ke kedai kasut . aku tak ingat jenis apa , dia suruh aku pilih wedges yang dia hadkan pilihan untuk aku . disebabkan pilihan yang dia bagi tu semua jenis wedges dengan ketinggian yang sama , aku pilih lah warna biru . dan dia suruh pakai masa tu jugak . sedihnya tuhan saja yang tahu , dengan sakit kaki jalan lama-lama pakai wedges tinggi , tak biasa pulak lagi . aku redha .

sedih aku sikit-sikit terubat bila dia bawak aku pergi makan . makan ialah sejenis penawar stress bagi aku . haha . secret recipe ! yums ! kek ialah favourite aku . dia suruh aku pilih apa saja aku nak . aku seronok lah , gila kau kalau aku beli pakai duit sendiri dah sah-sah aku catu-catu makanan aku supaya mata tak terbeliak time nak bayar . ada lah dua tiga jenis aku order . bosan-bosan time tunggu makanan sampai , aku mula lah dengan tabiat aku , bukak kasut dan bersila atas kerusi . aku selalu buat macam ni masa pergi makan dengan coursemate , roomate , siapa-siapa saja . tak pernah siapa pun tegur . lagipun aku rasa tak siapa pun nak tengok . bukan aku pergi candle light dinner kat hotel 5 star pun . 

tiba-tiba dia tepuk kaki aku dengan muka kurang senang , dia suruh aku turunkan kaki . fineeeeeeee !!! aku turunkan !!! dan mood aku kembali swing , aku makan dengan rakus lepas tu aku capai handphone dia sambil-sambil dia makan . dia rampas handphone dia balik . aku malas tanya kenapa dan aku malas persoalkan apa-apa . aku tahu dia tak suka . suasana mula awkward .

aku bersoal jawab dengan hati , aku timbangkan dengan akal dan aku maafkan dia .. aku tidak berdendam , aku banyak berlembut hati masa tu . hubungan pertama , pasti aku taknak rosak sekelip mata . banyak benda yang jadi lagi selepas itu , nanti aku sambung di entry lain . insyaAllah .

Wednesday 8 May 2013

It's the cheese but it is NOT the cheese !


Baru-baru ni , saya ada baca satu buku yang lebih kurang macam Men are from Mars , Women are from Venus . Tapi versi ini lain sikit . Sebab dia ditulis oleh sepasang suami isteri . So no bias huh ? Ini buku dia . Sangat best dan kalau baca memang akan " eh betol la lelaki pangai salu camni . eh buku ni ada bawak saka ke baca isi hati aku ? "


salah satu cerita dalam ni yang buat aku rasa " wow, the ugly truth! " ialah yang ini ;

Woman : What is this ?
Stupid man : I dont know, what is this ?

Woman : It's the string cheese u bought .
Stupid man : Oh ..

Woman : I wanted Polly-O string cheese. The one with the cartoon cow , in the blue package .
Stupid man : The package is blue .

Woman : Yes it is blue but it is not Polly-O. I can tell by the fact that there is no cartoon cow on the package and that it doesnt say Polly-O .
Stupid man : That one has a cute little mouse on it .

Woman : Yes, i can see that. But i didnt want the one with the cute little mouse . I wanted the one with the cow . I wrote it down on the list . Do u have the list ?
Stupid man : I have the list .

Woman : Did u look at the list ?
Stupid man : Yeah ..

Woman : Can u read me the list ?
Stupid man : Look , u wanted string cheese . I bought string cheese . I dont know why you have to get all crazy about it ?

Woman : Where is the list ? Show me the list . (The stupid man begrudgingly hands over the list . Woman scans it and begins to read) .
Woman : "Item number six :  Polly-O string cheese ! Important ! Must be Polly-O . Blue package . There is a cartoon cow that has an expression of feigned surprise on the package . Do not get me other kind of string cheese except this one . Not skim . Not lite . Not any other brand . Please ."
Stupid man : Oh, i guess i didnt see that part .

Woman : It is in italics ! 
Stupid man : I just read the string cheese part .

Woman : But why ? Why only that part ? Why else would i expound on the packaging and the description if i didnt want it to be read ?
Stupid man : I dont know . I guess I messed up . Sorry .

Woman : How it is possible that u can follow The Wire but u cant follow a simple freaking grocery list ?!

This is where the woman then proceeds to go medieval on the guy . Tears, shouting, crying - u name it, she may very well do it (or have done it) . Now we all know what he is thinking : string cheese is a string cheese , and this woman is totally overreacting !

But is she really ??


credited to : 
Women are crazy , men are stupid wrote by Howard J.Morris & Jenny Lee 
(kena mintak ijin , karang masuk lokap aku - akta hak cipta)


Friday 3 May 2013

The blog title and the blog description tak ada kena mengena ?

heh he , if you just can see kat atas tu , memang aku letak title dan description yang tak ada kena mengena . sebab kalau ikut hati nurani bersih putih aku ni aku nak letak semua kat situ . kalau boleh buat karangan autobiografi aku sebatang pen pun nak je aku mengarang kat situ . tapi bila aku nengok blog-blog lain yang rilek-rilek , aku pun nak rilek sama . jangan duk gelabah sangat type karangan kat blog description tu huh ?

dekat blog description tu aku ada tulis ;
......... sebab diari dia selalu hilang dan kena curi baca
itu salah satu punca aku menulis blog , sebabnya adalah itu . sejak kecik , aku gemar menulis . menulis rasa hati aku , namanya pun rasa hati haruslah kena jadi rahsia . tapi , masalahnya bila hak aku yang satu itu diceroboh , namanya bukanlah lagi rahsia .



bila aku tengok drama dorang rilek je buat diari takder sapa baca , kalau ada orang baca pun mesti lelaki dan at last lelaki tu jatuh cinta kat perempuan tu . happy ending . aku ? apa nak buat , nasib aku dapat abang-abang kepohci (and again they're surely from Mars) , semuanya dorang yang curi baca pastu siap perli-perli lagi . sad ending .

so bila buat blog , no one knows me and no one will judge me . so boleh lah aku jadi keyboard warrior sebab tak dapat jadi warrior di dunia nyata . hah ha .

Thursday 2 May 2013

Peliknya Lelaki dan Anehnya Perempuan

4:58 petang , 2/5/2013

Tergerak jemari aku mencipta blog , and it takes 3 mins untuk otakku mengoutputkan tajuk . Seperti biasa didengar tajuk gubahan minda aku ini , aku adalah penggemar setia buku Men are from Mars , Women are from Venus . Jadi kupilih tajuk ini bersempena sesuatu yang  membuat fikiranku selalu tertanya-tanya , benarkah sikap lelaki begitu  pelik dimata wanita dan benarkah perempuan pula amat aneh dimata lelaki ?????



Seriously tak tipu punya setetmen i tell u huh , aku memang selalu heran dengan sikap dan cara kebanyakan lelaki ni  berfikir .
Memang ler cik Ven , sebab kau tu perempuan , tu la kau macam nak persoal lelaki kan kan ? typical women punya cik ven !! 

eh eh rileks beroo !! jangan bersikap aneh sangat disini sebab aku yakin disebabkan perbezaan itu jugalah dia (pengarang) meletakkan lelaki itu datangnya dari planet yang lain dan perempuan pula dari planet yang lain , bukan ? adil dan saksama .
Apa punya bodoh la cik Ven ni percaya sangat buku kapiaq tu ? Hidup la dalam kehidupan sendiri , biarlah dengan lelaki dengan kehidupan dia dan perempuan dengan kehidupan dia . GET A LIFE , cik Ven !

wow wow ! Tapi jangan lupa , disebabkan kehidupan aku pastinya pasti akan ada kaitan dengan lelaki , aku mahu untuk memahami kenapa lah lelaki sikapnya begini , kenapa lah lelaki ini sengalnya begini . 

Jadi disebabkan itu lah , tajuk blog ini jadi seperti ini . selamat membaca !