Tuesday 4 June 2013

Butakah cinta Venus ? (1)

Benarkah cinta si Venus buta ? 1) Mungkin bukan pada setengah orang ; 2) mungkin ada yang tidak sedar dia sudah buta , 3) mungkin ada yang sedar dia dah buta  tetapi rasa tidak salah jadi buta kerana Mars . Dan aku , PERNAH menjadi versi ke tiga . shame on me .

Bila butakah cinta ni mesti lah kena ada soundtrack lagu ameng spring baru la naik mood syahdu sambil tisu ditepi ye tak ? 


perkenalan aku bermula dari laman sesawang , di chatroom YM . perkenalan yang bermula atas nama kawan , KAU dan AKU . dari chatroom , dia mula menegurku in private message . aku layankan sahaja , atas alasan nanti kata sombong dan di chatroom juga kami dah biasa communicate . dah biasa sangat , without any feeling . dan alasan yang terakhir , aku yang mengada saja nak melayan .

selepas berbulan lamanya berkawan dalam dunia maya , aku diajak keluar , juga sebagai kawan . aku pun pergilah , dengan gaya yang paling sengal (berjeans, bert-shirt, bertudung bawal silang belakang macam nak pergi pasar, sandal) . macam biasa , tak boleh lebih , sebab dia masih KAWAN . cuma makan-makan .

seminggu selepas itu , korang pun pasti dapat agak typical cerita melayu , aku diajak bercinta (geli pulak) . aku menolak , sebab aku tak ada perasaan pun kat dia . dia merajuk lah gamaknya , selepas beberapa hari lepas tu macam sunyi pulak sebab dia dah tak layan aku langsung , aku pun pujuk ler dan kami bercinta jugak akhirnya . cinta aku pupuk dan akhirnya aku cintakan dia  . boleh dikira first love lah jugak .

percintaan kami berjalan lancar dan aku bataskan pada dia supaya dia tidak menyentuhku . cuit-cuit pun tak . kami bertemu kali kedua sebagai sepasang kekasih . aku beri dia hadiah ( aku ni memang suka bagi hadiah tak pasal-pasal untuk orang yang aku sayang ) . aku beri dia t-shirt body glove , boleh tahan mahal la jugak RM60++  untuk student pinjaman PTPTN macam aku time tu . aku agak je harga dia macam tu , aku pun dah tak berapa ingat . lepas aku hulurkan pada dia dan aku suruh bukak , dia kata ;
" body glove ? macam budak-budak sekolah nyeee . thanks . "
aku tak tau la aku patut sentap ke tak , tapi sebab sayang punya pasal , aku butakan hati aku . dia tak bermaksud apa-apa kot . lepas tu , barulah aku tahu , taste dia adalah butik-butik yang quite gah macam TOPMAN etcetera , etcetera . aku pun tak tahu nak list sebab aku bukanlah tukang sedekah pada orang yang dah sedia kaya .

tak lama lepas tu , dia bawak aku ke shopping mall . dan disini aku dibawa ke butik Levis , dia belikan aku sehelai jeans slim fit . dia bayar dan dia suruh aku ke tandas untuk tukar seluar. aku bagaikan lembu dicucuk hidung , aku ikutkan saja . selepas keluar , dia kata ;
" hmm , baru lah sesuai cutting dia dengan u . "
fine ! aku dah mula sedih . dia macam tak boleh menerima penampilan aku . Oh ! lupa nak bagitahu , aku macam biasa pakai jeans straight cut , t-shirt dengan cardigan yang quite comel jugak lah pada mata aku time tu ( yeler nama pun nak dating ) , tudung warna senada , flat shoes . kira ok la tu dari aku pakai attire aku nak pegi kuliah tu , selipar jepun je ok !

sedih-sedih pun aku ikutkan jugak hala tuju dia , aku nampak dia keluarkan wallet dia berkepuk-kepuk jugak la note RM50 . aku tahu dia kaya . aku tak heran sangat sebab aku kan dah mula sentap . kaya bukan tiket kau letak maruah orang dekat tapak kaki (sekarang baru sedar) . next , dia bawak aku ke kedai kasut . aku tak ingat jenis apa , dia suruh aku pilih wedges yang dia hadkan pilihan untuk aku . disebabkan pilihan yang dia bagi tu semua jenis wedges dengan ketinggian yang sama , aku pilih lah warna biru . dan dia suruh pakai masa tu jugak . sedihnya tuhan saja yang tahu , dengan sakit kaki jalan lama-lama pakai wedges tinggi , tak biasa pulak lagi . aku redha .

sedih aku sikit-sikit terubat bila dia bawak aku pergi makan . makan ialah sejenis penawar stress bagi aku . haha . secret recipe ! yums ! kek ialah favourite aku . dia suruh aku pilih apa saja aku nak . aku seronok lah , gila kau kalau aku beli pakai duit sendiri dah sah-sah aku catu-catu makanan aku supaya mata tak terbeliak time nak bayar . ada lah dua tiga jenis aku order . bosan-bosan time tunggu makanan sampai , aku mula lah dengan tabiat aku , bukak kasut dan bersila atas kerusi . aku selalu buat macam ni masa pergi makan dengan coursemate , roomate , siapa-siapa saja . tak pernah siapa pun tegur . lagipun aku rasa tak siapa pun nak tengok . bukan aku pergi candle light dinner kat hotel 5 star pun . 

tiba-tiba dia tepuk kaki aku dengan muka kurang senang , dia suruh aku turunkan kaki . fineeeeeeee !!! aku turunkan !!! dan mood aku kembali swing , aku makan dengan rakus lepas tu aku capai handphone dia sambil-sambil dia makan . dia rampas handphone dia balik . aku malas tanya kenapa dan aku malas persoalkan apa-apa . aku tahu dia tak suka . suasana mula awkward .

aku bersoal jawab dengan hati , aku timbangkan dengan akal dan aku maafkan dia .. aku tidak berdendam , aku banyak berlembut hati masa tu . hubungan pertama , pasti aku taknak rosak sekelip mata . banyak benda yang jadi lagi selepas itu , nanti aku sambung di entry lain . insyaAllah .

No comments: